Laskar pelangi....

semalam... aku singgah kat bilik kawan haku sementara nak tunggu giliran mandi...
dalam hati nih terpikir gak ' uiks,, sejak bila la student kolej aku nih rajin sangat mandi time2 gini'... bukan hape..selalu nyer susah diorang nak mandi time2 tgh hari mcam nih...
sebab berenang kat atas tilam kan lagi best.. hek hek hek..

then bila aku godek2 laptop kat bilik tuh.. heh terjumpa la citer nih...
agak sedey... hermm juz aku layan dia nye bahasa... hahah pekat+pure beb...
sangat layan walaupun banyak perkataan tak paham...



cerita yang berdurasi 119 minit, mengisahkan tentang kehidupan yang datang dari celah kampung di satu pelosok di dunia ini. Cerita sekumpulan budak-budak miskin di kawasan Pulau Belitong yang bersekolah di SD Muhammadiyyah, Gantong. Kisah mereka yang kuat cita-cita untuk belajar walaupun serba kekurangan. Setiap dari 10 (+1) kanak-kanak itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Keistimewaan yang hanya dirasai oleh Pengetua Harfan, Cikgu Muslimah dan diri mereka sendiri. Setiap dari mereka mempunyai cerita yang berbeza sendiri. Mereka ini yang digelar Laskar Pelangi oleh Cikgu Muslimah.

Mahar yang obses pada musik, Ikal yang jiwang dan amat menyukai Ah Leng, Lintang anak genius ilmu menghitung yang mempunyai kesukaran ke sekolah gara-gara buaya, Sahara bunga tunggal dalam barisan Laskar Pelangi sehingga kemasukan Flo, murid baru yang membawa fahaman mistik (Occultisme), Ah Keong seorang tionghua yang mengikut Mahar ke sekolah aliran islam ini semata-mata demi persahabatannya, Borek yang obses pada otot dada, Harun kanak-kanak istimewa yang sentiasa menyokong kawan-kawannya walaupun tak faham apa-apa, Kucai anak pelombong bijih timah selaku ketua kelas, Tranpani dan Syahdan yang kelihatan tidak berfungsi tetapi mempunyai impak yang besar.sila click ini..
(ayat2 diatas nih adalah yang tersangat susah dikarang~~ huuhhh)

p/s : haha dah 2 malam aku tak tido ngan senang lenang akibat desakan 2 paper last yang macam @#$%*.... so malam nih gua nak tido puas2.... silent phone plz.... hek hek hek...

2 koMeN:

Call me -fa- said...

cd ke??

nk pinjam boleeeeeeeeee??????

ViNiL said...

heheh bukan... dalam bentuk file dah...